CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 12 December 2012

MENYELESAIKAN OPERASI DARAB MENGGUNAKAN KAEDAH ‘LATTICE’

Kaedah ini boleh cuba untuk digunakan sebagai satu cara  membantu murid-murid yang masih lemah untuk menyelesaikan operasi darab selain daripada kaedah yang ditunjukkan sebelum ini.




4 6 9  X  3 7  =  1 7   3 5 3
























Jawapan/Answer : 1 7   3 5 3


Kaedah ini boleh membantu murid yang masih kurang mahir untuk menyelesaikan operasi darab menggunakan kaedah penyelesaian bentuk lazim. Semoga sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih. 

Friday 7 December 2012

KAEDAH MENDARAB


Kaedah menyelesaikan operasi darab bagi murid yang agak lemah, pada peringkat awal boleh menggunakan kaedah yang mudah. Guru dan ibu bapa boleh menggunakan kaedah menyelesaikan operasi darab menggunakan konsep garisan dan titik. Garisan yang digunakan adalah garisan melintang dan menegak. Garisan melintang akan didarabkan dengan garisan menegak dan hasilnya adalah jumlah titik pertemuan hasil persilangan. Sebagai contoh anda boleh lihat pada beberapa contoh di bawah:

 

Titik merah adalah titik silang pertemuan antara garisan menegak dengan garisan melintang dan ia juga merupakan jawapan kepada hasil darab satu digit dengan satu digit iaitu 
2 X 3 = 6.

Contoh seterusnya adalah seperti berikut: 



Titik merah adalah titik silang pertemuan antara garisan menegak dengan garisan melintang dan ia juga merupakan jawapan kepada hasil darab nombor satu digit dengan satu digit iaitu 3 X 4 = 12.

Kaedah mendarab nombor dua digit  dengan nombor dua digit pula dapat dilihat seperti  contoh di bawah.  Kaedah mengumpul semula perlu dilakukan semasa menghasilkan  jawapan.




Sebagaimana  kaedah-kaedah yang lain, penggunaan kaedah ini juga memerlukan latihan yang berterusan.  Kemahiran akan diperoleh daripada hasil usaha yang gigih. Selamat maju jaya.

Tuesday 27 November 2012

MATEMATIK BERIRAMA


Sana sini ada angka
Nombor bulat pecahan perdana
Bundar tempat asas dibaja
Tambah tolak sudah biasa
Darab  bahagi selalu guna
Punca kuasa semua kira

Dalam hidup sangat penting
Kalau  kira jangan juling
Mengira ringgit juga syiling
Isteri belanja suami jeling
Sebab kocek sudah kering

Dulu-dulu guna jari
Sekarang kalkulator boleh dibeli
Kira silap tidak ngeri
Bila  kira guna teknologi
Cepat tepat jawapan diberi

Kira mengira banyak rumus
Ada umum ada khusus
Pening sikit statistik kalkulus
Kalau leka susah lulus
Walau kita congak bagus.

YHI
Segamat Johor
27092012

Wednesday 14 November 2012

HUKUM OPERASI YANG MESTI DISELESAIKAN DAHULU


B
BRACKET              (    )
6 725–(563+918)
D
DIVISION                    ÷
2 560 + 235 ÷ 5
M
MULTIPLICATION        ×
8 291+6×9
A
ADDITION                  +
7 203+636-1 999
S
SUBTRACTION            -
 8 082–1288+651

Tuesday 13 November 2012

KESALAHAN MURID DALAM MENYELESAIKAN OPERASI BERCAMPUR


SOALAN 1

6 725 – (563 + 918) = _______


CARA PENYELESAIAN 1

        6 725
-         564
        6 161 

        6 161
+         918
        7 180

 Jawapan : 7 180      


CARA PENYELESAIAN 2

        563
+      918 
     1 481   

     6 725
-    1 481
     5 244

Jawapan : 5 244

       
 
Cara penyelesaian yang manakah betul?

CARA PENYELESAIAN 2, JAWAPAN  5 244

Murid-murid diingatkan, untuk soalan seperti ini, murid-murid mesti menyelesaikannya dengan memulakan dengan operasi bahagi ( + )  terlebih dahulu. Kemudian barulah meneruskannya dengan operasi tambah ( - ). Sekiranya murid-murid memulakannya dengan operasi tolak terlebih dahulu dan diikuti dengan operai tambah, maka jawapan murid-murid akan salah. Jadi, murid-murid mesti berhati-hati dan sentiasa ingat mana yang perlu didahulukan.


SOALAN 2

        2 560  +   235  ÷  5  =  _______


CARA PENYELESAIAN 1

        2 560
+         235
        2 795

2 795  ÷  5  =  559      

Jawapan : 559


CARA PENYELESAIAN 2

 235  ÷  5  =  47
        
        2 560  
 +          47
        2 607    

Jawapan : 2 607

Cara penyelesaian yang manakah betul?

CARA PENYELESAIAN 2, JAWAPAN  2 607

Murid-murid diingatkan, untuk soalan seperti ini, murid-murid mesti menyelesaikannya dengan memulakan dengan operasi bahagi ( ÷ )  terlebih dahulu. Kemudian barulah meneruskannya dengan operasi tambah ( + ). Sekiranya murid-murid memulakannya dengan operasi tambah terlebih dahulu dan diikuti dengan operai bahagi, maka jawapan murid-murid akan salah. Jadi, murid-murid mesti berhati-hati dan sentiasa ingat mana yang perlu didahulukan.


SOALAN 3

        8 291 + 6 × 9   =  _______


CARA PENYELESAIAN 1

        8 291
+             6
        8 297

        8 297
x            9      
     74 673

Jawapan : 74 673


CARA PENYELESAIAN 2

        6
X      9
          54

     8 291
+        54
     8 345

Jawapan : 8 345

Cara penyelesaian yang manakah betul?

CARA PENYELESAIAN 2, JAWAPAN  8345

Murid-murid diingatkan, untuk soalan seperti ini, murid-murid mesti menyelesaikannya dengan memulakan dengan operasi darah ( × )  terlebih dahulu. Kemudian barulah meneruskannya dengan operasi tambah ( + ). Sekiranya murid-murid memulakannya dengan operasi tambah terlebih dahulu dan diikuti dengan operai darab, maka jawapan murid-murid akan salah. Jadi, murid-murid mesti berhati-hati dan sentiasa ingat mana yang perlu didahulukan.






SOALAN 4

7 203 + 636 -1 999 = __

SOALAN 5

8 082 – 1288 + 651= __


CARA PENYELESAIAN

        7 203
+         636
        7 839

        7 839
-       1 999
        5 840

Jawapan : 5 840


CARA PENYELESAIAN  

        8 082  
 -      1 288
        6 794

        6 794
+         651
        7 445

Jawapan : 7 445

Apabila melibatkan operasi tambah ( + ) dan tolak  ­( - ), maka murid-murid hendaklah menyelesaikannya mengikut turutan operasi secara terus dalam soalan tersebut seperti 2 contoh soalan di atas sehingga memperoleh jawapan yang betul.

Monday 12 November 2012

KELEBIHAN DAN FAEDAH MENGGUNAKAN PETAK SIFIR

Penggunaan Petak Sifir dapat membantu murid-murid  menyelesaikan beberapa masalah dalam pengiraan  Matematik. Sekiranya murid-murid dapat menguasai kemahiran melengkapkan Petak Sifir dengan betul dan tepat, maka ia boleh digunakan semasa menjawab soalan yang berkaitan dengan operasi darab, bahagi dan juga pecahan. Pasti kerja murid-murid akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Selamat mencuba! 

AKTIVITI MELENGKAPKAN PETAK SIFIR SECARA BERKUMPULAN