CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 12 December 2012

MENYELESAIKAN OPERASI DARAB MENGGUNAKAN KAEDAH ‘LATTICE’

Kaedah ini boleh cuba untuk digunakan sebagai satu cara  membantu murid-murid yang masih lemah untuk menyelesaikan operasi darab selain daripada kaedah yang ditunjukkan sebelum ini.




4 6 9  X  3 7  =  1 7   3 5 3
























Jawapan/Answer : 1 7   3 5 3


Kaedah ini boleh membantu murid yang masih kurang mahir untuk menyelesaikan operasi darab menggunakan kaedah penyelesaian bentuk lazim. Semoga sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih. 

Friday 7 December 2012

KAEDAH MENDARAB


Kaedah menyelesaikan operasi darab bagi murid yang agak lemah, pada peringkat awal boleh menggunakan kaedah yang mudah. Guru dan ibu bapa boleh menggunakan kaedah menyelesaikan operasi darab menggunakan konsep garisan dan titik. Garisan yang digunakan adalah garisan melintang dan menegak. Garisan melintang akan didarabkan dengan garisan menegak dan hasilnya adalah jumlah titik pertemuan hasil persilangan. Sebagai contoh anda boleh lihat pada beberapa contoh di bawah:

 

Titik merah adalah titik silang pertemuan antara garisan menegak dengan garisan melintang dan ia juga merupakan jawapan kepada hasil darab satu digit dengan satu digit iaitu 
2 X 3 = 6.

Contoh seterusnya adalah seperti berikut: 



Titik merah adalah titik silang pertemuan antara garisan menegak dengan garisan melintang dan ia juga merupakan jawapan kepada hasil darab nombor satu digit dengan satu digit iaitu 3 X 4 = 12.

Kaedah mendarab nombor dua digit  dengan nombor dua digit pula dapat dilihat seperti  contoh di bawah.  Kaedah mengumpul semula perlu dilakukan semasa menghasilkan  jawapan.




Sebagaimana  kaedah-kaedah yang lain, penggunaan kaedah ini juga memerlukan latihan yang berterusan.  Kemahiran akan diperoleh daripada hasil usaha yang gigih. Selamat maju jaya.