Sana sini ada angka
Nombor bulat pecahan perdana
Bundar tempat asas dibaja
Tambah tolak sudah biasa
Darab bahagi selalu
guna
Punca kuasa semua kira
Dalam hidup sangat penting
Kalau kira jangan
juling
Mengira ringgit juga syiling
Isteri belanja suami jeling
Sebab kocek sudah kering
Dulu-dulu guna jari
Sekarang kalkulator boleh dibeli
Kira silap tidak ngeri
Bila kira guna
teknologi
Cepat tepat jawapan diberi
Kira mengira banyak rumus
Ada umum ada khusus
Pening sikit statistik kalkulus
Kalau leka susah lulus
Walau kita congak bagus.
YHI
Segamat Johor
27092012
24 comments:
Hebat. Tahniah diatas penghasilan blog yang menarik , cantik dan penuh perisian.
Kaedah mengajar mengguna puisi salah satu teknik didiajar
PANTUN ANGKA
Satu dua tiga,
aku juga lega
empat lima enam,
sempat juga bersenam
tujuh lapan sembilan
berpeluh merata badan..
matematik banyak angka
murid-murid mesti suka
kita belajar kira,
hati mesti gembira
kira satu sampai ribu
guna bahasa baku
mari adik mari abang,
mari belajar bilang
susun angka kita kira,
himpun kata jadi sastera
ilham,
YHI
Segamat, Johor
22092012
Terima kasih Cikgu Azlina. Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.
Terima kasih Cikgu Yahya sudi berkunjung ke sini. Tak lupa juga, nukilan puisi di atas. Terima kasih sekali lagi. 'Sharing is caring.'
cantik , saya suka blog cikgu !
Terima kasih Cikgu Pei Yong...
Tahniah,
Teruskan usaha murni cikgu...
Insya Allah...Terima kasih cikgu Azahar.
wah, blog yang cantik dan banyak maklumat boleh diperoleh.
Terima kasih Cikgu Moy Kar Ling atas sokongan yang diberikan.
HIJAU ITU MENAWAN KALBUKU! INFONYA PADAT.TAHNIAH
Terima kasih Cikgu Rozita. Hijau memang menawan! Moga infonya dapat dimanfaatkan bersama.
Assalammualaikum wbt.
Blog yang berinfomasi dan bahannya dapat digunakan dalam p&p. Terima kasih Cikgu Zanainah diatas perkongsian maklumat di sini. Teruskan cikgu. Ada kelapangan masa, sudilah ke laman blog saya di http://cikgurohanimu.blogspot.com
Terima kasih cikgu :)
Waalaikumusalam wbt.
Terima kasih Cikgu Rohani di atas sokongan dan semangat yang diberikan. Moga apa yang ada dapat dimanfaatkan bersama. Saya juga telah mengunjungi blog cikgu. Tahniah cikgu!
Cantiknya blog ini, Saya sangat suka !
Terima kasih Cikgu Yang Ling sudi singgah ke sini.
pantun yang menarik:)
Banyak bahan di blog cikgu ni. Terima kasih diatas perkongsian maklumat dan ilmu di sini.
Well done Cikgu.. Sangat menarik...
Bahan P&P yang menarik. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
Terima kasih Cikgu Roskhairizal, Cikgu Pei Ting Ng, Cikgu Linda dan Cikgu Lee So Wa atas sokongan anda semua.
blog yang menarik
Terima kasih Cikgu Vivian.
Post a Comment