Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
telah diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang menggunakan pendekatan
yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa
subjek menjadi satu selain turut memperkenalkan satu subjek baru yang bertema
semangat kenegaraan dan patriotik.
KSSR diperkenalkan dan
diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru
menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan
mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan
serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun
berikutnya sejajar dengan perubahan usia mereka.
Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan
mengambil alih tetapi seringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran
menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Oleh itu guru-guru
telah diberi kursus dan latihan untuk melaksanakan KSSR. Ia diharap
dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik
pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif
di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan
penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar subjek Matematik dan Sains sejajar
dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat
permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani program rintis mulai
31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah
menjalani porgram rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya
akan menjalani program rintis dalam mata pelajaran terpilih. KSSR
membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul
Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah
rendah (tahun 1 hingga tahun 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca,
menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap
dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga tahun 6)
akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT,
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian
juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi
murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara. Pada
peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta
pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi
murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan
selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan
peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
4 comments:
Pengisian penuh manfaat. teruskan
Terima kasih Cikgu Junaidah atas semangat dan sokongan yang diberikan. Insya Allah saya akan teruskan.
KSSR mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.
Terima kasih Cikgu Chung Kong Lan atas kesudian singgah ke blog saya. Info sebegini amat perlu buat saya yang masih belum terlibat secara langsung dengan KSSR dan ianya sebagai persediaan awal bagi saya untuk menghadapinya kelak.
Post a Comment