Kaedah menyelesaikan operasi darab bagi murid yang agak
lemah, pada peringkat awal boleh menggunakan kaedah yang mudah. Guru dan ibu
bapa boleh menggunakan kaedah menyelesaikan operasi darab menggunakan konsep
garisan dan titik. Garisan yang digunakan adalah garisan melintang dan menegak.
Garisan melintang akan didarabkan dengan garisan menegak dan hasilnya adalah
jumlah titik pertemuan hasil persilangan. Sebagai contoh anda boleh lihat pada
beberapa contoh di bawah:
Titik merah adalah titik silang pertemuan antara garisan
menegak dengan garisan melintang dan ia juga merupakan jawapan kepada hasil
darab satu digit dengan satu digit iaitu
2 X 3 = 6.
Contoh seterusnya adalah seperti berikut:
Titik merah adalah titik silang pertemuan antara garisan
menegak dengan garisan melintang dan ia juga merupakan jawapan kepada hasil
darab nombor satu digit dengan satu digit iaitu 3 X 4 = 12.
Kaedah mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit pula dapat dilihat seperti
contoh di bawah. Kaedah mengumpul semula perlu dilakukan
semasa menghasilkan jawapan.
Sebagaimana kaedah-kaedah yang lain, penggunaan kaedah ini
juga memerlukan latihan yang berterusan. Kemahiran akan diperoleh daripada hasil usaha
yang gigih. Selamat maju jaya.
33 comments:
info berguna untuk guru dan murid.
Blog yang menarik dan padat dengan info..tahniah
Nota yang baik dan lengkap serta memanfaatkan murid-murid.Tahniah cikgu.
Tahniah! kaedah yg terbukti berkesan melalui pengalaman saya mengajar mate ... blog yg menarik, byk info yg boleh share nanti ... Cikgu Wan ( GC Maths )
Terima kasih Cikgu Siti Zuraida, Cikgu Norlida, Cikgu Boon See Liew dan Cikgu Wan atas semangat dan sokongan yang diberikan.
Blog yang menarik!
Terima kasih Cikgu Sow Khan...
Tahniah....Blog yang penuh dengan informasi
Terima kasih Cikgu Zuraidah. Moga dapat dimanfaatkan bersama.
blog yg menarik...informasi yg dikongsikan juga amat jelas dan mudah difahami..terima kasih utk perkongsian ini..
Terima kasih Cikgu Roziatuleafizal atas sokongan yang diberikan.
boleh aplikasi kaedah ini dalam pengajaran saya,terima kasih !Cikgu
Sama-sama kita kongsi Cikgu Fei Fong. 'Sharing is caring.'
Tahniah cikgu. Blog yang menarik dan membawa manfaat kepada saya
Terima kasih Cikgu Phoon Lee Fuai. Kita berkongsi ilmu untuk sama-sama manfaatkannya.
Terima kasih kerana berkongsi maklumat.
Sama-sama Cikgu Foo Mei Ling. 'Sharing is caring.'
Terima kasih juga sebab sudi berkunjung ke sini.
Nota yang bagus dan sangat bermanfaat. keep it up.
Blog yang menarik dengan nota yang lengkap, bagus!
Syabas, perkongsian yang bermanfaat kepada semua!^^
Terima kasih Cikgu Rabita, Cikgu Poi Hia dan Cikgu Siew Foo atas sokongan anda semua.
Nota yang sangat lengkap dan mudah difahami. Blog cg sangat menarik. Tahniah
Terima kasih Cikgu Annis. Moga dapat dimanfaatkan bersama.
Nice ^^,
Thanks! (",)
Nota yang lengkap dan sesuai diterapkan kepada pelajar, tahniah.
Terima kasih Cikgu Raizatul atas sokongan cikgu.
satu blog yang amat berguna sebagai sumber rujukan guru.teruskan..
Terima kasih Cikgu Ros. Moga dapat dimanfaatkan bersama.
Tahniah cikgu, blog yang penuh info matematik. Teruskan lagi cikgu kongsi ilmu yang menarik ini
Terima kasih Cikgu Rosmayanty atas sokongan. Sama-sama kita kongsikannya.
Assalamualaikum....
Kaedah mendarab yang mudah dan boleh membantu pelajar serta pengunjung blog anda.Tahniah cikgu.
Waalaikumusalam...
Terima kasih sebab terus memberi sokongan.
Post a Comment